Tuesday, June 29, 2010

Cuti Sekolah Jun

Pada cuti sekolah Jun, saya pergi ke 'Science Centre'. Saya pergi ke sana bersama ibubapa saya, mak cik saya dan saudara saya dari Indonesia. Kami pergi melihat illusi-illusi. Saya dan saudara saya terkejut apabila melihat illusi-illusi itu!

Selepas melihat illusi-illusi di situ, kami pergi melihat bahagian 'Sound' di sana. Ayah saya baru sedar bahawa 'Sound show' akan mulai tidak lama lagi! Kami merancang untuk melihat keliling bahagian 'Sound' di sana sehingga waktunya untuk melihat 'Sound Show'. Apabila 'Sound Show' sudah akhir, kami semua berasa lapar. Kami merancang untuk makan di 'McDonalds' .

Selepas makan, kami melihat keliling 'Science Centre'. Kami juga melihat 'Electricity Show'. Di tempat 'Electricity Show' itu sangat bising. Saya dan saudara saya menutup telinga. Akhirnya, kami pergi ke tempat mainan dan melihat anak ayam menetas!

Akhirnya, kami harus pulang. Kami berasa sedih untuk pulang. Kami berharap kami boleh datang ke 'Science Centre' lagi.